Rabu, 3 Februari 2010

Televisyen 3D tumpuan pengeluar

SEBAHAGIAN pengunjung melihat televisyen tiga dimensi (3D) keluaran samsung di Pertunjukan Pengguna Elektronik di Las Vegas.

LAS VEGAS – Pengeluar-pengeluar televisyen kini membiayai pengeluaran televisyen tiga dimensi (3D) untuk jualan pada masa depan.

Set-set televisyen itu dijangka menjadi popular di Amerika Syarikat (AS) pada pertengahan tahun ini.

Syarikat-syarikat pengeluar televisyen utama seperti Sony Corp, Panasonic Corp, LG Electronics Inc dan Samsung Electronics Co Ltd menunjukkan minat dalam pengeluaran televisyen tersebut.

Presiden Panasonic, Fumio Otsubo menyatakan semalam, pihaknya menganggap televisyen 3D sebagai bisnes terbarunya.

“Saya berpendapat. faktor paling penting yang akan berlaku ialah televisyen 3D,” katanya.

“Dengan televisyen 3D dan produk-produk berkaitan dengannya, termasuk perakam kamera dan peralatan menyunting, kami akan memperkukuhkan operasi televisyen dengan menjadikannya salah satu faktor untuk menentang Samsung,” katanya pada satu sidang akhbar di Pertunjukan Pengguna Elektronik di Las Vegas.

Syarikat itu menganggap Samsung dari Korea Selatan sebagai saingan utama dalam pengeluaran televisyen 3D. – Agensi

Tiada ulasan: