SEORANG wakil jualan syarikat Bad Girls memegang cermin mata tiga dimensi (3-D) pada Ekspo Hiburan Dewasa di Las Vegas.
LAS VEGAS - Syarikat penerbitan filem lucah, Bad Girls menawarkan pakej untuk menonton filem lucah dalam bentuk tiga dimensi (3-D) di televisyen kepada orang ramai pada harga AS$4,000 (RM13,350) dan bayaran langganan sebanyak AS$20 (RM66.75) sebulan di Amerika Syarikat (AS).
Pakej syarikat itu mengandungi set televisyen 3-D 152 sentimeter, satu server komputer kompak dan cermin mata yang digunakan untuk menonton gambar dalam bentuk 3-D.
Pengunjung-pengunjung Ekspo Hiburan Dewasa AVN di sini yang memakai cermin mata khas itu tersenyum simpul semasa mereka menonton video lucah yang ditayangkan di skrin gergasi televisyen dalam bentuk 3-D minggu lalu.
Ekspo itu yang diadakan di Las Vegas berakhir kelmarin.
"Selama beberapa dekad, industri hiburan dewasa telah menggunakan setiap sistem penyampaian yang amat penting iaitu video rumah jenis VHS pada 1980-an, stesen satelit televisyen pada 1990-an dan Internet pada masa kini," kata penerbit syarikat Bad Girls, Lance Johnson.
"Tahun 2010 dan seterusnya akan menjadi 3-D," tambahnya. - AFP
Dicuplik dari akhbar Kosmo! bertarikh 12 Januari 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan