MUNGKINKAH robot ini bakal menjadi kesayangan para suri rumah?
SEBUAH robot yang dinamakan Robovie-II telah berlegar-legar di sekitar sebuah kedai runcit di Kyoto, Jepun baru-baru ini. Ia adalah sebahagian daripada eksperimen bantuan beli-belah yang diadakan di kedai runcit itu. Robot tersebut dibangunkan oleh institut penyelidikan robotik Jepun, ATR. Bukan sahaja robot itu boleh membantu membeli-belah, bahkan ia juga boleh menyapa pengunjung ketika pengunjung memasuki laluan masuk ke kedai runcit.
Robot itu juga boleh mengikut pengunjung sehingga ke rak-rak barangan sambil membawa bakul beli-belah. Ia juga boleh mengingatkan pengguna tentang barangan yang hendak dibeli berasaskan senarai barangan.
Eksperimen itu adalah sebagai usaha pengumpulan data bagi menyediakan perkhidmatan runcit yang lebih baik kepada golongan kurang upaya dan warga emas.
Dicuplik dari akhbar Kosmo! bertarikh 20 Januari 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan