Khamis, 10 Februari 2011

PDA bimbit paling kecil, tahan lasak diperkenalkan


SWEDEN - Kumpulan Handheld, pembekal global bagi komputer tahan lasak telah memperkenalkan Nautiz X3 (R), sebuah PDA bimbit yang paling kecil dan tahan lasak pernah dihasilkan.

Melalui gabungan saiz, mobiliti dan kapasitinya, Nautiz X3 merupakan produk inovatif yang mampu menjadikan PDA sebagai peranti kerja mudah alih yanag efektif bagi mana-mana persekitaran.

Menurut Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Handheld, Jerker Hellström, produk yang berukuran hanya 150x67x25 milimeter itu memiliki berat hanya 260 gram dan dilengkapi dengan alat pemproses berkuasa 806 MHz X-Scale, menggunakan Windows Mobile 6.5 Professional dan mempunyai satu rangkaian ciri pencapaian termasuk selular 3G, kamera 3 Megapiksel dengan fokus automatik dan flash LED, WLAN dan Bluetooth.

"Ia juga mempunyai alat pengimbas laser ID yang standard dengan imejan pilihan 2D," katanya. - Kosmo!

Tiada ulasan: