Isnin, 21 Februari 2011

10 gajet terbaik lelaki

1. BlackBerry

Telefon pintar BlackBerry ini menjadi pilihan hampir semua jejaka. Selain kelebihannya boleh berinteraksi, ia juga boleh melayari laman sosial. Kelebihan BlackBerry yang sangat digemari adalah ia mempunyai perisian SMS yang ditawarkan secara percuma.


2. iPhone

Kelebihan telefon ini bagi jejaka adalah kelebihan sistem dalam permainan video. Ramai yang memilihnya kerana iPhone mempunyai perisian terkini selain aplikasi yang menyenangkan. Bentuknya yang kecil membolehkan pemakainya senang membawa ke mana sahaja.


3. Samsung Galaxy Tab

Salah satu gajet terkini yang baru dipasarkan. Tergolong dalam kategori Android. Galaxy Tab adalah gabungan antara telefon pintar dan Notebook. Bentuknya yang kecil sedikit daripada iPad membolehkan pengguna melayari internet dan berkomunikasi dengan mudah.


4. PS3

Sebut apa saja permainan, pasti menyeronokkan dengan permainan Playstation 3 (PS3). Ia menjadi pilihan utama dalam permainan video dan antara permainan yang digemari sudah pasti FIFA II. Kelebihannya adalah joystick PS3 menggunakan sistem wireless yang sangat menyenangkan.


5. PSP

Bagi mereka yang selalu sibuk dengan kerjaya atau pelajaran, ini adalah gajet yang terbaik untuk dimiliki. Bentuknya yang kecil dan boleh dibawa ke mana saja dapat menenangkan tekanan melalui permainan video.


6. Kamera DSLR

Sudah menjadi satu ikutan kini setiap jejaka akan mahu memiliki kamera DSLR tidak kira jenama apa sekalipun. Semua orang boleh menjadi jurugambar profesional jika tahu cara penggunaan kamera ini. Pasti banyak gambar menarik dapat dirakam sebagai kenangan.



7. iPod

Bosan tiada apa aktiviti yang hendak dilakukan, dengar saja muzik dari iPod. Mempunyai pelbagai saiz memori membolehkan kita menyimpan beratus-ratus muzik. Tidak kira jenis lagu, asalkan sedap didengar ia boleh disimpan di dalam iPod.


8. Macbook

Macbook adalah komputer bimbit yang popular di kalangan jejaka yang kreatif. Segala aktiviti boleh dilakukan dari segi kerja hingga hiburan. Saiznya yang nipis senang dibawa dan dimasukkan ke dalam beg, tidak membebankan.


9. Guitar Hero

Tidak perlu lagi jamming bersama rakan-rakan di luar. Jika tiada kemahiran pun boleh menjadi pemain gitar handalan hanya dengan bermain Guitar Hero. Pilih saja lagu apa pasti dapat dimainkan. Jejaka yang meminati muzik akan menjadikan ini antara koleksi gajet pilihan.


10. iPad

iPad semakin menjadi pilihan walaupun harganya agak tinggi dari gajet yang lain. Tapi jika sudah mempunyai keinginan, harga tidak menjadi penghalang. Perisian yang ada dalam iPad adalah yang terbaik untuk dimiliki.

Sumber: Berita Harian

Tiada ulasan: