Sabtu, 12 Februari 2011

Aplikasi iPhone boleh kesan pesawat terbang


LONDON - Pakar-pakar keselamatan meminta pihak berkuasa Britain mengharamkan satu aplikasi telefon bimbit yang boleh mengesan kedudukan pesawat penumpang di udara kerana ia dibimbangi boleh disalah guna oleh pengganas.

Aplikasi berkenaan dikenali sebagai Plane Finder AR dihasilkan untuk telefon pintar Apple iaitu iPhone selain gajet Android keluaran Google.

Pengguna-pengguna cuma perlu menghalakan telefon bimbit mereka ke udara untuk melihat kedudukan, ketinggian serta kelajuan pesawat berhampiran selain memeriksa nombor penerbangan, waktu berlepas, destinasi dan laluannya.

Perisian komputer itu yang dicipta oleh sebuah firma tempatan dijual di kedai dalam talian Apple pada harga cuma £1.79 (RM8.75).

Namun, pakar-pakar keselamatan melabel perisian tersebut sebagai mesra pengganas kerana bimbang ia boleh digunakan untuk membidik pesawat dengan menggunakan peluru berpandu atau mengubah laluan supaya dua pesawat bertembung di udara. - Agensi, Kosmo!

Tiada ulasan: