Rabu, 25 Januari 2012

Sinar inframerah kaedah terkini rawat kanser


Tekonologi merawat penyakit kanser bakal memasuki fasa kejayaan terbaharu apabila penyelidik menemui potensi sinar inframerah yang boleh mematikan kanser itu.

Kajian yang disiarkan dalam jurnal Nature Medicine itu menjelaskan bahawa terapi mengubat kanser kini dapat diatur supaya hanya sel yang diserang tumor disinari cahaya itu.

Ini bermakna penggunaan cahaya sebagai satu kaedah merawat kanser adalah baik kerana pemilihan sel itu bersifat spesifik sehingga tidak merosakkan sel-sel lain yang berada di sekitar sel kanser.

Sehingga kini hanya terdapat tiga kaedah untuk merawat penyakit kanser iaitu penggunaan radiasi, teknik pembedahan untuk menyingkirkan tumor dan penggunaan ubat-ubatan. Bagaimanapun, ketiga-tiga kaedah itu mempunyai kesan sampingan.

Dalam pada itu, kajian oleh Institut Kanser Kebangsaan di Maryland, Amerika Syarikat mendapati sejenis antibodi yang digabungkan bersama zat kimia IR700 akan aktif membunuh sel kanser selepas disinari dengan cahaya inframerah.

sumber: Kosmo!

Tiada ulasan: