Jumaat, 18 Mac 2011

Tentera Laut AS miliki pesawat terbaru kalis radar


LOS ANGELES - Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) memperkenalkan pesawat pengebom kalis radar terbarunya, X-47B yang melakukan penerbangan sulung di Pangkalan Tentera Udara Edwards, California.

Kejayaan penerbangan X-47B Yang memiliki sayap menyerupai sayap kelawar merupakan langkah pertama Tentera Laut AS dalam membangunkan pesawat kawalan jauh pembunuh generasi baru.

Dalam satu kenyataannya, Tentera Laut AS menyatakan, pesawat ujian itu terbang mengelilingi pangkalan udara tersebut pada ketinggian 1,524 meter selama 29 minit.

Pesawat tempur kawalan jauh biasanya dikawal oleh manusia tetapi X-47B berupaya melakukan misi dengan kawalan komputer. Ia direka untuk terbang dengan lebih laju berbanding jet kawalan jauh lain seperti Predator dan Reaper yang digunakan di Afghanistan.

Pesawat itu juga merupakan jet kawalan jauh pertama yang boleh berlepas dan mendarat di atas sebuah kapal pengangkut pesawat yang berada di lautan.

Ia kecil sedikit berbanding pesawat pengebom kalis radar AS pada masa kini, B-2.

Pesawat itu bileh terbang setinggi 12,192 meter pada kelajuan 800 kilometer sejam dengan membawa beberapa bom panduan laser. - Kosmo!

Tiada ulasan: