Selasa, 27 Julai 2010

Orang buta memandu

ORANG buta ini sedang mmandu uji sebuah kenderaan berteknologi khas.

SEKIRANYA sebelum ini orang yang cacat penglihatan mempunyai kebolehan terbatas, keadaan itu bakal berubah pada masa depan apabila kemajuan teknologi membuktikan golongan itu mungkin dapat memandu di jalan raya.

Persekutuan Kebangsaan Orang Buta Virginia, Amerika Syarikat telah mendedahkan sebuah gambar menunjukkan seorang kanak-kanak buta mengambil bahagian dalam YouthSlam 2009, sebuah kem sains untuk pelajar buta di College Park.

Persekutuan tersebut dan Virginia Polytechnic Institute and State University (Virginia Tech) sedang merancang untuk membuat demonstrasi kenderaan prototaip pada tahun depan. Kenderaan itu dilengkapi teknologi bagi membantu orang buta memandu kenderaan.

Teknologi yang dipanggil antara muka bukan visual itu membolehkan orang buta membuat keputusan untuk memandu secara berdikari.

Dipetik dari arkib Kosmo!

Tiada ulasan: