Isnin, 30 Januari 2012

Sensor kesan tekanan punggung


Sekumpulan saintis di Institut Lanjutan Teknologi Industri di Tokyo berjaya mencipta sensor yang boleh menganalisis tekanan punggung.

Sensor itu akan dapat mengenal pasti punggung seseorang apabila dia duduk di tempat duduk pemandu di dalam kereta.

Ia juga dapat digunakan bagi menghalang seseorang pencuri melarikan kereta ekoran sensor tersebut dapat mengenal pasti punggung si pemilik kenderaan.

sumber: Kosmo!, Agensi

Khamis, 26 Januari 2012

Jangka hayat boleh diramal


Saintis dari Universiti Glasgow menemui cara untuk mengetahui jangka hayat seseorang sejak bayi lagi dengan melihat deoksiribonukleik (DNA) yang dikenali sebagai telomer.

Dalam ayat yang mudah, jika panjang telomer seseorang, usianya lebih panjang dan sudah pasti kemtian seseorang itu bersebab.

Penemuan yang membolehkan jangka hayat seseorang boleh diramal itu juga boleh dipendek dengan pilihan seperti merokok dan tekanan perasaan.

"Keputusan kajian menunjukkan perkara yang berlaku dalam badan pada peringkat awal hidup seseorang sangat penting," kata ketua penyelidik, Prof. Pat Monaghan.

Kajian yang dilakukan terhadap burung-burung cakar di Australia mendapati, burung yang memiliki telomer pendek akan mati selepas tujuh bulan ukuran dibuat manakala burung yang memiliki telomer lebih panjang dapat hidup sehingga sembilan tahun.

sumber: Kosmo!

Rabu, 25 Januari 2012

Sinar inframerah kaedah terkini rawat kanser


Tekonologi merawat penyakit kanser bakal memasuki fasa kejayaan terbaharu apabila penyelidik menemui potensi sinar inframerah yang boleh mematikan kanser itu.

Kajian yang disiarkan dalam jurnal Nature Medicine itu menjelaskan bahawa terapi mengubat kanser kini dapat diatur supaya hanya sel yang diserang tumor disinari cahaya itu.

Ini bermakna penggunaan cahaya sebagai satu kaedah merawat kanser adalah baik kerana pemilihan sel itu bersifat spesifik sehingga tidak merosakkan sel-sel lain yang berada di sekitar sel kanser.

Sehingga kini hanya terdapat tiga kaedah untuk merawat penyakit kanser iaitu penggunaan radiasi, teknik pembedahan untuk menyingkirkan tumor dan penggunaan ubat-ubatan. Bagaimanapun, ketiga-tiga kaedah itu mempunyai kesan sampingan.

Dalam pada itu, kajian oleh Institut Kanser Kebangsaan di Maryland, Amerika Syarikat mendapati sejenis antibodi yang digabungkan bersama zat kimia IR700 akan aktif membunuh sel kanser selepas disinari dengan cahaya inframerah.

sumber: Kosmo!