"Mengutamakan perubahan iklim tertakluk sepenuhnya dengan menukar gaya hidup kita, cara bekerja dan melakukan perjalanan.
"Selain itu, ia menukar model pembangunan kepada yang lebih tepat dan mapan bagi memastikan kelangsungan hidup," ujar Ketua Setiausaha Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), Dr. Hamadoun Toure.
Antara potensi yang boleh didapati dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah:
- Penurunan sebanyak 15 peratus pencemaran global pada tahun 2020 dengan menggunakan penyelesaian secara ICT.
- Sebanyak 87 peratus ruang pengeluaran asap dapat dirapatkan seperti yang dicatat dalam laporan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) Emission Gap.
- Di China, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat sebanyak 2.5 peratus bagi setiap 10 peratus penembusan jalur lebar di negara itu.
- Di Jerman, sebanyak 25 peratus pengeluaran pencemaran dapat dikurangkan dengan penggunaan ICT.
- Sebanyak 2.8 tan karbon dioksida dapat diselamatkan bagi setiap pekerja di TeliaSonera (syarikat telekomunikasi Sweden) sehingga tahun 2007 apabila inisiatif Kerja Pintar (Smart Work) dijalankan.
- Sebanyak AS$12.3 bilion (RM37 bilion) dapat dijimatkan setahun oleh syarikat-syarikat di Amerika Syarikat dalam bentuk penjimatan tenaga apabila menggunakan pengkomputeran awam.
- Pencemaran karbon dioksida sebanyak 450 juta tan dapat dikurangkan setahun di India dengan menggunakan penyelesaian ICT pada tahun 2030.
"Memahami manfaat jalur lebar boleh beri banyak manfaat. Ia membantu meningkatkan KDNK, Membolehkan Sasaran Pembangunan Millennium (MDG) dan mengimbangi kesan perubahan iklim," kata Pengerusi Kumpulan Suruhanjaya Jalur Lebar Terhadap Perubahan Iklim, Hans Vestberg.
Kata Hans, dalam keadaan ekonomi sekarang, masyarakat harus membangunkan penyelesaian menggunakan pendekatan ke arah perubahan iklim.
Beliau yakin bahawa orang ramai boleh mewujudkan pengembangan perniagaan secara mesra alam sekali gus menyokong pembangunan iklim global yang mapan.
Kosmo! 13 Jun 2012