Rabu, 22 Februari 2012

Manusia dan robot berjabat tangan di angkasa lepas


Seorang angkasawan, Daniel Burbank berjabat tangan dengan sebuah robot di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Burbank yang merupakan komander ISS berjabat tangan dengan memegang tangan robot ke atas dan ke bawah.

Menurutnya, robot angkasa itu yang pertama di angkasa lepas agak mengagumkan.

Robot tersebut mirip manusia jika dilihat dari pinggang ke bahagian kepala.

Ia merupakan kali pertama seorang manusia berjabat tangan dengan robot di angkasa lepas.

Robot tersebut ciptaan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) yag dihantar ke ISS dengan menaiki sebuah pesawat Discovery milik AS.

Kru-kru di stesen itu menguji robot tersebut bagi menilai sama ada ia boleh membantu angkasawan untuk melakukan kerja-kerja di ISS.

Perisian komputer dihantar bagi membolehkan tangan dan jari robot itu dipanjangkan. - AP, Kosmo!

Isnin, 20 Februari 2012

Sel stem untuk awet muda


Para pengkaji dari Universiti Pittsburgh, Amerika Syarikat menemui sel stem yang mampu menghentikan proses penuaan.

Kajian yang dilakukan ke atas seekor tikus yang disuntik dengan satu suntikan sel stem mampu menjadikan nyawanya lebih panjang tiga kali ganda.

Pengkaji juga menjalankan kajian dengan meletakkan sel stem muda bersebelahan dengan sel yang sedang mengalami penuaan pramatang dalam sebuah ceper makmal.

Sel sakit itu mula berubah menjadi lebih baik selepas diletakkan sebelah sel yang sihat.

Ia disuntik pada seekor tikus yang mempunyai penyakit progeria, sejenis penyakit penuaan yang sama dihidapi manusia.

sumber: Kosmo!

Saintis Switzerland bina satelit pemusnah


Sekumpulan saintis Switzerland menyatakan mereka sedang membina satelit yang dicipta untuk membersihkan angkasa lepas daripada sampah sarap termasuk satelit yang tidak digunakan lagi.

Satelit membersih angkasa lepas itu bernilai AS$11 juta (RM33.68 juta) dan diberi nama CleanSpace One.

Ketika ini, satelit itu sedang dibina di Pusat Angkasa Lepas Switzerland di Institut Persekutuan Teknologi Switzerland (EPFL) di Lausanne.

Satelit itu akan dilancarkan ke angkasa lepas dalam tempoh tiga hingga lima tahun.

Tugas pertama satelit itu ialah membantu memusnahkan dua satelit Switzerland yang dilancarkan pada tahun 2009 dan 2010.

Satelit tersebut akan mengejar satelit yang mahu dimusnahkan itu.

Ia kemudian mencengkam satelit tersebut dan dihantar untuk memasuki ruang atmosfera Bumi.

Satelit lama dan sampah-sarap yang dikumpulkan CleanSpace One akan terbakar dengan sendiri semasa ia memasuki ruang atmosfera Bumi. - AP, Kosmo!

Jumaat, 3 Februari 2012

Robot kecil masuk usus berjaya dicipta


Para penyellidik di Singapura berjaya mencipta satu robot kecil yang mempunyai cangkuk dan penyepit yang boleh mengeluarkan kanser perut peringkat awal tanpa meninggalkan sebarang parut.

Penciptaan robot itu dibuat berdasarkan pergerakan seekor ketam dan ia dimasukkan ke dalam perut melalui mulut pesakit.

Doktor melihat kandungan dalam perut manusia menerusi kamera yang terdapat pada alat endoskop yang terdapat pada robot tersebut.

Penciptaan robot itu dibantu oleh pakar usus, Profesor Lawrence Ho di Univerisiti National Singapura.

sumber: Kosmo!, Reuters

Rabu, 1 Februari 2012

Pesawat di langit Zuhal


Saintis dari Universiti Idaho, Amerika Syarikat, Jason Barnes berjaya mencipta sebuah pesawat, Aviatr untuk dihantar bagi merakam gambar planet Zuhal.

Aviatr membolehkan saintis mendapatkan imej tiga dimensi permukaan planet untuk sebarang kajian yang dijalankan.

Ia berharga AS$715 juta (RM2 bilion) dengan berat 120 kilogram. Pesawat itu kelihatan seperti drones yang pernah terbang di langit Afghanistan.

Tujuan pembinaan pesawat itu kerana langit di Zuhal mempunyai atmosfera yang tebal dan berawan tebal. Berbanding belon udara, ia mampu mengawal altitud ketinggian dan koleksi imej tiga dimensi dapat dihasilkan.

Tambah Barnes, pesawat yang berat sahaja mampu melakukan kerja-kerja kajian di planet tersebut dan belon udara tidak mungkin melakukan perkara tersebut.

suber: Kosmo!