Jumaat, 25 Februari 2011

WiFi

WiFi atau Wireless Fidelity merupakan teknologi akses internet tanpa wayar yang dibangunkan pada 1991 di Nieuwegein, Belanda.

Objektif asal bagi mewujudkan perkhidmatan internet tanpa wayar digunakan untuk urusan pembayaran melalui sistem juruwang.

Teknologi ini kemudian diadaptasi untuk pasaran yang lebih besar menggunakan Rangkaian Kawasan Setempat (Local Access Network atau LAN) dengan kelajuan 1Mbps/2Mbps.

WiFi merupakan sejenis Wireless Local Network (WLAN) yang berasaskan kepada spesifikasi IEEE 802.11 dan berada di bawah pengawasan Institute of Electrical Engineers (IEEE), institusi antarabangsa yang menetapkan standard protocol teknologi dengan penggunaan sistem nombor.

Sumber: www.wilcorpinc.com/wifi_history

Khamis, 24 Februari 2011

Gaun pengantin mesra alam

LONDON - Pelajar Kejuruteraan dan Fesyen Universiti Sheffield Hallam telah berjaya mereka gaun pengantin msera alam yang larut dalam air.

Gaun itu boleh diubah menjadi lima pakaian berasingan.

Gaun tersebut mengandungi alkohol polivinil, bahan yang digunakan untuk beg dobi dan sabun pencuci. - Agensi, Harian Metro.

Isnin, 21 Februari 2011

10 gajet terbaik lelaki

1. BlackBerry

Telefon pintar BlackBerry ini menjadi pilihan hampir semua jejaka. Selain kelebihannya boleh berinteraksi, ia juga boleh melayari laman sosial. Kelebihan BlackBerry yang sangat digemari adalah ia mempunyai perisian SMS yang ditawarkan secara percuma.


2. iPhone

Kelebihan telefon ini bagi jejaka adalah kelebihan sistem dalam permainan video. Ramai yang memilihnya kerana iPhone mempunyai perisian terkini selain aplikasi yang menyenangkan. Bentuknya yang kecil membolehkan pemakainya senang membawa ke mana sahaja.


3. Samsung Galaxy Tab

Salah satu gajet terkini yang baru dipasarkan. Tergolong dalam kategori Android. Galaxy Tab adalah gabungan antara telefon pintar dan Notebook. Bentuknya yang kecil sedikit daripada iPad membolehkan pengguna melayari internet dan berkomunikasi dengan mudah.


4. PS3

Sebut apa saja permainan, pasti menyeronokkan dengan permainan Playstation 3 (PS3). Ia menjadi pilihan utama dalam permainan video dan antara permainan yang digemari sudah pasti FIFA II. Kelebihannya adalah joystick PS3 menggunakan sistem wireless yang sangat menyenangkan.


5. PSP

Bagi mereka yang selalu sibuk dengan kerjaya atau pelajaran, ini adalah gajet yang terbaik untuk dimiliki. Bentuknya yang kecil dan boleh dibawa ke mana saja dapat menenangkan tekanan melalui permainan video.


6. Kamera DSLR

Sudah menjadi satu ikutan kini setiap jejaka akan mahu memiliki kamera DSLR tidak kira jenama apa sekalipun. Semua orang boleh menjadi jurugambar profesional jika tahu cara penggunaan kamera ini. Pasti banyak gambar menarik dapat dirakam sebagai kenangan.



7. iPod

Bosan tiada apa aktiviti yang hendak dilakukan, dengar saja muzik dari iPod. Mempunyai pelbagai saiz memori membolehkan kita menyimpan beratus-ratus muzik. Tidak kira jenis lagu, asalkan sedap didengar ia boleh disimpan di dalam iPod.


8. Macbook

Macbook adalah komputer bimbit yang popular di kalangan jejaka yang kreatif. Segala aktiviti boleh dilakukan dari segi kerja hingga hiburan. Saiznya yang nipis senang dibawa dan dimasukkan ke dalam beg, tidak membebankan.


9. Guitar Hero

Tidak perlu lagi jamming bersama rakan-rakan di luar. Jika tiada kemahiran pun boleh menjadi pemain gitar handalan hanya dengan bermain Guitar Hero. Pilih saja lagu apa pasti dapat dimainkan. Jejaka yang meminati muzik akan menjadikan ini antara koleksi gajet pilihan.


10. iPad

iPad semakin menjadi pilihan walaupun harganya agak tinggi dari gajet yang lain. Tapi jika sudah mempunyai keinginan, harga tidak menjadi penghalang. Perisian yang ada dalam iPad adalah yang terbaik untuk dimiliki.

Sumber: Berita Harian

Planet digelar Bumi Baru ditemui


LOS ANGELES - Lima pakar astronomi Amerika Syarikat menemui sebuah planet baru dikenali sebagai Gliese 581g yang kelihatan seperti Bumi.

Planet itu terletak di satu kawasan yang dirujuk sebagai zon kehidupan kerana suhunya tidak terlalu panas atau sejuk bagi cecair membentuk lautan, sungai dan tasik serta berada pada jarak 20 tahun cahaya dari Bumi.

Planet itu mengelilingi satu bintang yang dianggap seperti matahari.

Bintang itu diberi nama Gliese 581.

Planet itu berpusing mengelilingi bintang tersebut setiap 37 hari untuk satu putaran penuh.

Ia didapati tiga kali besar daripada Bumi namun berada dekat dengan bintang itu pada jarak 22.5 juta kilometer.

Planet yang digelar sebagai Bumi Baru itu mempunyai satu bahagian yang sentiasa siang manakala bahagian yang bertentangan selalu malam kerana ia tidak banyak berputar.

Kumpulan pakar itu tidak dapat mengesahkan sama ada wujud air di planet tersebut.

Namun salah seorang pakar astronomi Dr. Steven Vogt dari Universiti California di Santa Cruz yang mengetuai kajian itu percaya terdapat peluang kehidupan di planet tersebut.

Graviti di planet itu sama seperti Bumi sekaligus membolehkan seorang manusia berjalan tanpa menghadapi sebarang kesukaran.

Menurut Dr. Vogt, bintang yang menjadi matahari di planet itu berada pada kedudukan sama pada setiap masa.

Sebuah kapal angkasa yang mempunyai kelajuan hamppir dengan cahaya memerlukan masa 20 tahun untuk tiba di planet itu.

Penemuan itu dibuat selepas 11 tahun pemerhatian dijalankan di Balai Cerap W.M. Kec di Hawaii. - Agensi, Kosmo!

Sabtu, 12 Februari 2011

Aplikasi iPhone boleh kesan pesawat terbang


LONDON - Pakar-pakar keselamatan meminta pihak berkuasa Britain mengharamkan satu aplikasi telefon bimbit yang boleh mengesan kedudukan pesawat penumpang di udara kerana ia dibimbangi boleh disalah guna oleh pengganas.

Aplikasi berkenaan dikenali sebagai Plane Finder AR dihasilkan untuk telefon pintar Apple iaitu iPhone selain gajet Android keluaran Google.

Pengguna-pengguna cuma perlu menghalakan telefon bimbit mereka ke udara untuk melihat kedudukan, ketinggian serta kelajuan pesawat berhampiran selain memeriksa nombor penerbangan, waktu berlepas, destinasi dan laluannya.

Perisian komputer itu yang dicipta oleh sebuah firma tempatan dijual di kedai dalam talian Apple pada harga cuma £1.79 (RM8.75).

Namun, pakar-pakar keselamatan melabel perisian tersebut sebagai mesra pengganas kerana bimbang ia boleh digunakan untuk membidik pesawat dengan menggunakan peluru berpandu atau mengubah laluan supaya dua pesawat bertembung di udara. - Agensi, Kosmo!

Khamis, 10 Februari 2011

PDA bimbit paling kecil, tahan lasak diperkenalkan


SWEDEN - Kumpulan Handheld, pembekal global bagi komputer tahan lasak telah memperkenalkan Nautiz X3 (R), sebuah PDA bimbit yang paling kecil dan tahan lasak pernah dihasilkan.

Melalui gabungan saiz, mobiliti dan kapasitinya, Nautiz X3 merupakan produk inovatif yang mampu menjadikan PDA sebagai peranti kerja mudah alih yanag efektif bagi mana-mana persekitaran.

Menurut Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Handheld, Jerker Hellström, produk yang berukuran hanya 150x67x25 milimeter itu memiliki berat hanya 260 gram dan dilengkapi dengan alat pemproses berkuasa 806 MHz X-Scale, menggunakan Windows Mobile 6.5 Professional dan mempunyai satu rangkaian ciri pencapaian termasuk selular 3G, kamera 3 Megapiksel dengan fokus automatik dan flash LED, WLAN dan Bluetooth.

"Ia juga mempunyai alat pengimbas laser ID yang standard dengan imejan pilihan 2D," katanya. - Kosmo!

Saintis Jepun rancang klon gajah purba spesies Mammoth


Sekumpulan penyelidik Jepun mengumumkan akan melancarkan projek menghidupkan kembali Mammoth, mamalia yang hidup pada zaman pra-sejarah, menggunakan teknologi pengklonan dalam tempoh lima tahun.

Penyelidik itu akan cuba untuk menghidupkan kembali spesies yang sudah pupus berjuta tahun dahulu dengan penguraian tisu karkas mammoth yang disimpan di makmal kajian Russia, lapor Yomiuri Shimbun.

"Persediaan untuk menjayakan hasrat ini sudah siap dilaksanakan," kata Akira Iritani, Ketua Kumpulan Penyelidik dan Profesor Emeritus di Universiti Kyoto.

Menurut media itu, di bawah pelan itu nukleus pada sel Mammoth itu akan dimasukkan dalam sel telur gajah yang sebelum ini sudah mengalami proses mengeluarkan sel nukleusnya bagi menghasilkan embrio yang mengandungi genetik Mammoth.

Katanya, embrio itu kemudian akan dimasukkan dalam rahim gajah tumpangan bagi memberikan kelahiran normal kepada bayi Mammoth itu.


Berdasarkan kajian sains, gajah adalah evolusi daripada Mammoth, mamalia berbulu gergasi yang hidup dalam zaman pra-sejarah dan mati menjelang akhir Zaman Ais.

Pengkaji sejarah menemui beberapa sampel tisu Mammoth yang masih sempurna dan boleh digunakan bagi membolehkan ia digunakan untuk tujuan pengklonan berbanding dinosaur yang pupus 65 juta tahun dahulu yang kekal sebagai fosil.

Yomiuri berkata, penyelidik berharap hasilnya dapat dilihat dalam tempoh lima hingga enam tahun lagi.

Kumpulan itu menjemput penyelidik Mammoth Russia dan dua pakar gajah daripada Amerika Syarikat untuk menyertai projek itu bagi memudahkan proses penguraian DNA daripada sel beku yang sebelum ini berisiko rosak dalam proses pembekuan.

Penyelidik Jepun dari Pusat Riken bagi Pembangunan Biologi, Teruhiko Wakayama sebelum ini turut dilaporkan berjaya menghasilkan klon tikus pada 2008 menggunakan sel induk yang disimpan dalam suhu yang sama menghampiri takat beku selama hampir 16 tahun.

"Kalau embrio klon boleh dihasilkan maka kami akan mengadakan perbincangan terlebih dahulu sebelum memindahkan ia dalam rahim, bagaimana untuk membela Mammoth dan sama ada ia akan dipertontonkan kepada orang awam.

"Selepas Mammoth dilahirkan kami akan mengkaji ekologi dan genetiknya bagi mendalami bagaimana spesies ini boleh pupus dan pelbagai faktor lain yang berkaitan," kata Iritani. - AFP, Berita Harian

Selasa, 1 Februari 2011

Permainan video untuk kucing



LOS ANGELES - Sebuah syarikat mencipta permainan video untuk kucing di komputer tablet iPad.

Satu video promosi permainan itu menunjukkan haiwan tersebut seolah-olah 'terpukau' dengan imej tikus yang muncul di skrin iPad.

Kucing itu cuba untuk menangkap tikus yang terdapat dalam permainan tersebut.

Selain tikus, aplikasi permainan itu turut mengandungi satu cahaya laser yang menarik minat haiwan tersebut untuk menangkapnya.

Menurut akhbar metro.co.uk, permainan itu boleh didapati secara percuma di iTunes Store keluaran Apple. - Agensi, Kosmo!